Usahawan perlu bersedia impak 20 sen

Pengasas wangian De’Xandra, Ernayanee Nur Julaimi.
Pengasas wangian De’Xandra, Ernayanee Nur Julaimi.
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia mahu mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 melalui platform dalam talian tidak menjadi penghalang kepada kejayaan seseorang usahawan.

Pengasas wangian De’Xandra, Ernayanee Nur Julaimi berkata, sekiranya seseorang peniaga itu terlalu memikirkan kemungkinan berlaku kekurangan pembeli disebabkan caj berkenaan, maka perniagaan mereka tidak boleh berkembang.

Sebaliknya, Ernayanee berpendapat, dalam keadaan ramai menganggapnya sebagai masalah, beliau menganggap ia sebagai satu peluang kepada pasukannya untuk mengubah pandangan.

“Ini kerana pasukan saya juga ramai yang berniaga bukan dalam talian atau offline.

“Jadi kita boleh melaksanakan kempen offline. Ia sama seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) di mana ramai yang marah tetapi orang tetap membeli.

“Tidak semua orang sukakan perubahan. Dalam hal ini saya mungkin akan fikir kempen #belitanpa20sen,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Rozailmee percaya cadangan tersebut tidak akan memberikan kesan teruk kepada sektor perniagaan dalam talian.
Rozailmee percaya cadangan tersebut tidak akan memberikan kesan teruk kepada sektor perniagaan dalam talian.

Sementara itu, Pengarah Urusan Ghazi Affan Holding Sdn Bhd (Ghazi Affan), Rozailmee Zulkeply berkata, beliau percaya cadangan tersebut tidak akan memberikan kesan teruk kepada sektor perniagaan dalam talian.

Artikel Berkaitan:

“Mungkin sebagai peniaga, kita perlu cari alternatif bagi mengurangkan bebanan pengguna.

“Salah satunya mungkin kita boleh minta caj 20 sen ditanggung oleh pihak peniaga atau sediakan sedikit hadiah kepada pelanggan sebagai menghargai pembelian pelanggan yang terkesan,” katanya.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan tersebut kerana kerajaan memerlukan penambahan pendapatan impak daripada Covid-19.

“Ia mungkin langkah bagi memberikan kecepatan pemulihan ekonomi negara. Caj ini boleh dikatakan berpatutan.

“Namun begitu, kerajaan diminta untuk mengkaji semua had yang ingin dikenakan caj iaitu bermula lebih daripada RM200 kepada RM300,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: KKMM cadang rakyat guna e-dagang dikenakan caj 20 sen