Dua pemilik syarikat kemuka dokumen palsu ditahan

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua pemilik syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bagi mendapatkan kontrak pembekalan berjumlah lebih RM6 juta antara tahun 2017 dan 2018.

Kedua-dua pemilik syarikat yang berusia 35 dan 36 tahun tersebut masing-masing ditahan pada jam10.10 pagi dan 11.10 pagi, semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah di sini.

Menurut sumber, kedua-dua individu berkenaan didapati mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan makanan kepada Polis Diraja Malaysia/Briged Pasukan Gerakan Am bagi kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan.

Sumber itu berkata, kedua-dua individu terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kedua-duanya akan dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.- Bernama

Artikel Berkaitan: