Angka kecederaan akibat taufan Haishen meningkat kepada 52 orang

Angka kecederaan akibat taufan Haishen meningkat kepada 52 orang
Angka kecederaan akibat taufan Haishen meningkat kepada 52 orang
A
A
A

TOKYO - Jumlah mangsa yang cedera di Jepun meningkat kepada 52 orang selepas Taufan Haishen membadai seluruh timur laut Asia sejak hujung minggu, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut agensi berita Kyodo pada Isnin, lebih 8.5 juta orang diarahkan berpindah berikutan ancaman banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan taufan berkenaan.

Menurut penyiar NHK, angin kencang menyebabkan kerosakan besar pada sistem perkhidmatan elektrik, menyebabkan lebih 411,000 isi rumah mengalami gangguan. Perkhidmatan kereta api juga dilaporkan terjejas manakala 579 penerbangan terpaksa dibatalkan.

Haishen mendarat di Jepun pada Ahad, kurang seminggu sejak negara itu dibadai Taufan Maysak yang menyebabkan kira-kira 20 orang cedera. - Bernama

Artikel Berkaitan: