Lagi kluster baharu di Kedah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Kedah yang dikenali sebagai Kluster Sungai.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Kedah yang dikenali sebagai Kluster Sungai.
A
A
A

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Kedah yang dikenali sebagai Kluster Sungai.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, kluster itu melibatkan dua anggota kesihatan di sebuah pusat perubatan.

Beliau berkata, kes indeks iaitu kes ke-9,455 mula bergejala pada 30 Ogos namun tidak mendapatkan rawatan namun ujian saringan dijalankan pada Sabtu lalu mendapati dia positif Covid-19," katanya.

Menurutnya, kes kedua kluster berkenaan iaitu kes ke-9,456 merupakan kontak rapatnya di pusat perubatan tersebut.

"Mangsa mula bergejala Sabtu lalu dan telah mendapatkan rawatan di pusat perubatan sama. Hasil ujian saringan yang dilakukan pada hari sama mengesahkan dia dijangkiti wabak itu. Kedua-dua pesakit kini dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar," katanya.

Katanya, susulan itu, 57 individu telah disaring dan lima masih menunggu keputusan.

Artikel Berkaitan: