Bidang kuasa negeri terhad untuk kenakan tindakan sebat

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak mempunyai kuasa bagi mengambil tindakan sebat atau lucut hak terhadap individu yang terlibat dengan pencemaran sungai di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mempunyai bidang kuasa yang jauh lebih besar untuk mengenakan tindakan itu terhadap pesalah berkenaan.

Beliau berkata, di peringkat kerajaan negeri, tindakan terhadap pesalah hanya dapat diambil di bawah Enekmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999.

"Kita hanya ada Enekmen LUAS 1999, tapi bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebenarnya mempunyai bidang kuasa jauh lebih luas.

"Sebagai contoh, kita selesai membuat siasatan sewaktu pencemaran pada April lalu tapi tindakan tidak diambil oleh Peguam Negara.

"Kita telah selesai membuat pengumpulan siasatan dan bukti bagi kes itu malah sebahagian besar (siasatan) adalah daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya selepas program Dialog Belanjawan negeri Selangor 2021 di Pusat Perdagangan Setia City di sini, hari ini.

Amirudin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pemberita berhubung penambahan hukuman sebat dan lucut hak ke atas mana-mana pesalah yang terlibat dengan pencemaran sungai di Selangor.

Sebelum ini, beberapa pihak mendesak agar hukuman yang dikenakan terhadap pesalah yang terlibat dengan pencemaran sungai dapat ditingkatkan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Amirudin berkata, pihaknya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa susulan insiden pencemaran sungai itu dan meminta itu menjadi pengajaran kepada semua pihak bagi mengelakkan serangan politik.

ARTIKEL BERKAITAN: Mereka amat cekap potong air, tapi...

Pencemaran Sungai Gong: Pas Selangor desak kilang diroboh

Kerajaan Selangor gagal tangani isu air

[LIVE] Suasana orang ramai mendapatkan bekalan air

[LIVE] Suasana orang ramai mendapatkan bekalan air yang diagihkan Air Selangor di sekitar Taman Sentosa, Klang ekoran gangguan bekalan air lapor Wartawan Sinar Harian Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.

Posted by Sinar Harian on Saturday, September 5, 2020