'Sesiapa pun boleh tulis catatan kasar, makian dalam helaian diari'-Ibu Zara Qairina

Iklan
Noraidah mengakui Zara Qairina mempunyai kebiasaan menulis catatan harian berkaitan persahabatan dan aktiviti hariannya.

KOTA KINABALU - Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir berpendapat sesiapa sahaja boleh menulis catatan berbentuk kasar dan makian seperti yang terkandung dalam helaian diari yang dirujuk kepadanya di Mahkamah Koroner, di sini pada Jumaat.

Noraidah Lamat, 46, berkata, beliau tidak pernah membaca catatan sedemikian dalam mana-mana buku diari anaknya sebelum ini, meskipun mengakui Zara Qairina mempunyai kebiasaan menulis catatan harian berkaitan persahabatan dan aktiviti hariannya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, yang mengendalikan inkues bagi menyiasat kematian Zara Qairina.

Menjawab soalan Nahra mengenai catatan diari yang didakwa mengandungi luahan perasaan terhadapnya, Noraidah berkata, beliau tidak pernah membaca tulisan sedemikian daripada anaknya, sebaliknya Zara Qairina lazimnya meluahkan perasaan melalui kad ucapan.

Iklan

"Saya tidak pernah membaca kandungan diari, tetapi Zara biasanya meluahkan perasaannya melalui kad ucapan. Contohnya kad hari jadi, kad hari ibu, dan kad 'Zara sayang Mama'," katanya.

Ketika dirujuk kepada eksibit berbentuk helaian diari yang mengandungi perkataan 'aku tiada ibu', Noraidah tidak bersetuju bahawa catatan itu merupakan luahan perasaan anaknya terhadap beliau, walaupun mengakui tulisan berkenaan menggunakan bahasa kasar dan berbentuk makian.

Iklan

"Saya tidak bersetuju kerana saya tidak pernah melihat penulisan Zara seperti ini," katanya.

Ketika ditanya sama ada secara logiknya hanya Zara Qairina yang boleh menulis catatan sedemikian kerana mengandungi nama penuhnya dan perkataan 'Ibu', Noraidah menjawab bahawa orang lain juga berkemungkinan menulisnya.

"Boleh jadi orang lain pun boleh buat begini," katanya.

Nahrah turut bertanya, adakah Noraidah bersetuju tulisan (terdapat perkataan 'babal') yang ada dalam helaian diari tersebut diluahkan terhadapnya memandangkan ada perkataan 'mama' di dalamnya.

"Tidak setuju," katanya bagi menjawab soalan tersebut.

Bagaimanapun, Noraidah bersetuju kandungan itu ditulis dalam bentuk kasar dan berbentuk makian.

"Saya setuju dalam bentuk yang agak kasar dan berbentuk makian, tetapi saya tidak pernah melihat luahan seperti ini dalam mana-mana buku catatan Zara," katanya.

Sementara itu, ketika dirujuk kepada helaian kertas seterusnya, yang mengandungi namanya, dan perkataan 'tidak payah melahirkan aku', Noraidah sekali lagi tidak bersetuju bahawa catatan itu merupakan luahan perasaan Zara Qairina terhadapnya, namun mengakui penggunaan bahasa dalam tulisan tersebut kasar.

Beliau turut tidak bersetuju bahawa catatan helaian kertas diari yang mengandungi perkataan 'anak derhaka' dan 'mamaku' merupakan luahan perasaan anaknya terhadap beliau, meskipun mengakui catatan itu menggunakan bahasa kasar dan berbentuk makian.

"Sesiapa pun boleh menulis tulisan seperti ini," katanya ketika ditanya sama ada hanya Zara Qairina yang berkemungkinan menulis catatan berkenaan.

Dalam prosiding sama, Noraidah mengesahkan beliau mengenali rakan-rakan Zara Qairina di sekolahnya, namun berkata anaknya tidak pernah memberitahunya bahawa rakan-rakannya atau mana-mana individu mempunyai masalah atau berkecil hati dengannya.

Bagaimanapun, ketika dicadangkan bahawa tiada sebab untuk rakan-rakan Zara Qairina atau individu lain menulis kata-kata kesat dalam helaian diari tersebut sekiranya mereka tidak mempunyai masalah dengannya, Noraidah berkata, seseorang boleh menunjukkan sikap berbeza di hadapan dan di belakang orang lain.

"Kadang-kadang kawan-kawan yang jahat itu, dia boleh jahat dalam diam tanpa kita sedari. Di depan kita dia kelihatan baik, di belakang kita, kita tidak tahu," katanya.

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli