BATU PAHAT - Seorang pelajar lelaki yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui cedera dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di daerah ini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Lima mengalami kecederaan di bahagian kaki dan mulut sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Polis mengesahkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki dan mulut. Mangsa juga mempunyai masalah kesihatan Tourette Syndrome.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan,” katanya.