Saksi dedah Zara Qairina mengatakan pernah dipulau, diejek pelajar lain

Iklan
Shahlan ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Rabu.

KOTA KINABALU-Saksi ke-33 inkues kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan kepada Mahkamah Koroner, di sini bahawa pelajar Tingkatan Satu itu mengatakan bahawa dia pernah dipulaukan dan jadi bahan ejekan oleh beberapa pelajar lain.

Saksi yang juga kanak-kanak ke-24 memberitahu perkara itu dalam keterangannya secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Peguam Shahlan Jufri berkata, saksi merupakan pelajar junior yang tinggal di aras blok asrama sama dengan Zara Qairina tetapi mereka tinggal di blok yang berlainan.

"Saksi mengatakan dia nampak Zara akan hubungi ibunya sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Saksi pernah menemankan Zara semasa dia hubungi ibunya lebih kurang tiga kali.

Iklan

"Semasa Zara hubungi ibunya, saksi berkata, Zara akan selalu gembira dan bercerita dengan ibunya seperti kawan baik, macam 'best friend'. Seingat saksi, Zara akan selalu mengadu dengan mamanya mengenai orang yang sering mengumpat atau tidak sukanya.

"Bila bercerita, Zara tidak akan sebut nama penuh pelajar tersebut, sebaliknya memberi gelaran nama. Contohnya Zara akan sebut 'someone’ atau menggunakan huruf abjad nama pelajar tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Rabu.

Iklan

Tambah peguam, saksi memberitahu mahkamah bahawa Zara Qairina sebagai seorang yang ceria dan periang serta tidak pernah menunjukkan dia dalam keadaan tertekan.

"Zara selalu cerita kepada saksi yang dia pernah dipulaukan oleh beberapa pelajar junior dan senior dari Tingkatan Satu hingga Lima. Zara pernah memberitahu saksi yang dia sering menjadi ejekan pelajar lain sama ada pelajar junior atau senior mengenai pelbagai topik termasuk perangai, fizikal dan juga nama bapa Zara.

"Pelajar senior tidak senang dengan perangai Zara dan memberi label Zara ’minta attention’ (minta perhatian). Tetapi menurut saksi, sebenarnya ini merujuk kepada tindakan Zara menjerit-jerit ketika mood beliau 'happy-go-lucky' yang dianggap sebagai 'minta attention'.

"Saksi berkata, biasanya Zara akan beritahu 'someone ada mengejek Zara'. Saksi tidak tahu siapa sebenarnya yang mengejek Zara. Zara tidak akan memberitahu siapa yang mengejek atau memulaukan dia.

"Saksi berkata, dia pernah mendengar ejekan berbentuk ’body shaming’ oleh pelajar junior kepada Zara dengan kata-kata 'Gemuk la ko ni'. Ada juga ejekan oleh pelajar junior lelaki sekelas Zara tentang nama bapa Zara dengan kata-kata 'Anak Mahadir, anak Mahadir'. Aktiviti ejekan terhadap Zara ini berlaku hampir setiap hari." katanya.

Shahlan turut berkata, saksi memberitahu bahawa terdapat satu insiden semasa dia berjalan dengan Zara Qairina balik ke asrama mereka terjumpa dengan seorang pelajar senior dan rakannya yang didakwa sengaja melanggar Zara.

"Pada ketika itu Zara kelihatan marah dan Zara ceritakan kepada saksi yang pelajar senior tersebut selalu tidak puas hati dengannya," katanya.

Shahlan bersama rakan sepasukannya, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili ibu Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat.

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.

 

 

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli