KOTA KINABALU - Saksi ke-35 inkues kematian Zara Qairina mendakwa bahawa dia ada membaca dalam diari pelajar Tingkatan Satu itu yang meluahkan kata-kata kesat kepada ibunya sendiri.
Perkara itu diberitahu ketika saksi kanak-kanak ke-26 memberi keterangannya secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner di sini, pada Rabu.
Peguam Joan Goh berkata, saksi merupakan pelajar Tingkatan Satu di sekolah tersebut dan rakan biasa kepada Zara Qairina serta mereka tinggal di dorm yang sama.
"Dalam keterangannya, saksi pernah nampak Zara menulis diari dan sentiasa menulis diari di dalam bilik asrama. Saksi pernah curi-curi baca diari lama dia yang pernah dikoyak oleh Zara sendiri.
"Buku diari Zara yang lain saksi tiada membacanya dan hanya nampak dia menulis semasa di asrama. Saksi tidak pasti mengapa Zara koyakkan diari lama dia sendiri, saksi boleh cam buku diari milik Zara dan cam tulisan Zara serta ingat buku diari yang ditulis.
"Yang saksi ingat bila dia curi-curi baca diari Zara adalah mengenai ibunya dan juga dorm. Saksi juga baca bahawa Zara memaki ibunya dalam diari tersebut," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, pada Rabu.
Joan turut berkata, menurut keterangan saksi bahawa Zara Qairina tidak pernah mengadu kepada saksi tentang gangguan semasa di asrama seperti buli, tekanan belajar dan keletihan.
"Saksi tidak mempunyai apa-apa konflik dengan Zara. Saksi tidak pasti sama ada Zara mempunyai konflik dengan pelajar lain di sekolah tersebut. Saksi tidak pernah nampak Zara dimarah atau diganggu oleh pelajar lain," katanya.
Sementara itu, dalam keterangan kanak-kanak ke-25 pula, Joan memaklumkan bahawa saksi mendakwa wangnya yang hilang pada 14 Julai lalu dan terdapat kesan dakwat ditemui di loker Zara Qairina.
"Saksi ada duit RM10 yang ada kesan dakwat ada dijumpai di loker Zara pada malam 15 Julai 2025," katanya.
Joan berkata, saksi itu juga merupakan pelajar asrama Tingkatan Satu dan rakan biasa kepada Zara Qairina serta tinggal di dorm yang sama.
"Pada 15 Julai 2025 sekitar jam 11 malam, saksi pulang ke bilik asrama selepas selesai mencuci pakaian di tandas. Ketika itu, saksi melihat Zara berada di dalam bilik asrama, sedang berbaring di atas lantai sambil menangis.
"Saksi juga terdengar Zara menjerit dan berkata, 'aku nda curi bah'. Saksi tidak mengetahui sebab Zara menangis, apa yang saksi tahu, Zara memang kebiasaannya tidur di atas karpet di lantai dan ada kalanya tidur di atas katilnya sendiri kerana dia pernah memberitahu saksi bahawa dia malas untuk memasang cadar.
"Pada malam yang sama, sebelum saksi masuk tidur, Zara datang ke hujung bilik dan meminta gunting daripada saksi dan dua lagi rakan yang lain namun saksi tidak meminjamkan gunting kepada Zara kerana dia memang tidak mempunyai gunting ketika itu," katanya.
Ujarnya, saksi memberitahu bahawa dia tidur selepas Zara Qairina beredar dan hanya terbangun apabila keadaan sudah kecoh di asrama ketika itu.
"Seingat saksi, Zara pada masa itu sudah dibawa oleh ambulans. Saksi juga tidak perasan sama ada Zara ada masuk ke bilik asrama pada malam tersebut. Selain itu, saksi tidak tahu sama ada pelajar senior Tingkatan Empat sering berjumpa dengan Zara. Apa yang saksi tahu, perkara itu hanya berlaku sekali, iaitu pada malam 15 Julai 2025," katanya.
Peguam itu menambah, saksi mengatakan bahawa dia pernah melihat Zara menulis di dalam diari berkulit hijau gelap.
"Kadang-kadang Zara menulis di dalam diari tersebut di dorm dan kadang-kadang di kelas. Saksi pernah membaca diari Zara yang berwarna hijau gelap tersebut. Saksi ingat dia tulis berkenaan Badar (pengawas surau). Zara mahu menjadi Badar kerana dia mahu menjadi seperti idolanya, seorang pelajar Tingkatan Dua," katanya.
Joan dan rakan sepasukannya Datuk Ram Singh mewakili salah seorang daripada lima pelajar yang dituduh dalam kes berkaitan Zara Qairina dan mereka menjadi pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli