KOTA KINABALU - Inkues kematian Zara Qairina Mahathir dijangka berlanjutan hingga selepas pilihan raya negeri (PRN), memandangkan sebahagian besar saksi masih belum dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Koroner.
Peguam, Joan Goh berkata, Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan setakat ini membuat analisis bahawa jumlah saksi yang dipanggil baru mencapai kira-kira 19 peratus.
"Ia berdasarkan senarai saksi yang diterima. Pada awalnya inkues dijadualkan hingga 30 September, tetapi setakat ini hanya 14 saksi daripada lebih kurang 68 orang dipanggil. Jadi, baru sekitar 19 peratus perbicaraan," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini pada Isnin.
Sementara itu, rakan sepasukannya, Datuk Ram Singh berkata, pihaknya juga sedang membuat penilaian mengenai jumlah saksi yang akan dipanggil.
"Mungkin di pihak kami akan menambah seorang saksi pakar, tetapi belum dimaklumkan kepada mahkamah.
"Peguam keluarga Zara juga ada menyatakan berapa ramai saksi yang mereka mahu panggil, begitu juga peguam-peguam lain. Jadi perjalanan kes ini nampaknya mungkin berlarutan hingga selepas pilihan raya. Disember pun belum tentu habis," katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa prosiding yang memasuki hari ke-16 mendengar keterangan daripada saksi ke-14, iaitu kanak-kanak keenam dalam inkues berkenaan.
"Saksi kenal Zara, mereka tinggal di blok asrama yang sama tetapi berlainan dorm. Pada 15 Julai lalu kira-kira jam 10.20 malam, semasa di dorm saksi nampak Zara masuk ke dorm untuk jumpa senior.
"Saksi terdengar perbualan mereka mengenai kes curi tetapi tidak jelas kerana berada jauh. Beberapa ketika kemudian, saksi nampak empat senior masuk ke dalam dorm namun tidak mengetahui nama mereka.
"Saksi dengar ada orang bercakap dengan nada kuat seperti memarahi Zara tetapi tidak pasti siapa yang bercakap. Ketika itu, pada jam 11 malam, Zara telah keluar dari bilik dalam keadaan menangis," katanya.
Ram menambah, menurut saksi tersebut, perkataan tidak sepatutnya diucapkan kedengaran biasa dalam kalangan pelajar di asrama.
"Saksi tidak ingat siapa dua lagi senior yang lain. Dia tidak ingat tetapi perkataan memaki itu macam tak elok. Saya juga tidak mahu menyebut perkataan makian itu. Cuma, tidak sepatutnya perkataan seperti itu digunakan oleh pelajar sekolah agama," katanya.
Tambahnya, saksi turut ada menjelaskan mengenai Mesyuarat Asrama (MA) namun tidak menghuraikannya dengan lebih lanjut.
"Secara keseluruhannya, saksi ini tidak banyak mengingati kejadian," katanya.
Ram dan Joan merupakan pasukan yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berkaitan kes Zara Qairina dan sebagai pihak yang berkepentingan dalam inkues tersebut.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli