AGC mohon semak semula perintah pelepasan Najib, mahu perintah baharu

Iklan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bagi mengkaji semula perintah pelepasan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, ia berdasarkan perintah yang dikeluarkan mahkamh pada 6 November lalu.

Iklan
Iklan

Dalam permohonan yang difailkan pada 10 November itu, AGC memohon mahkamah meneliti semula perintah berkenaan bagi memastikan pelaksanaannya menepati pengampunan yang diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Pada 6 November lalu, Najib dilaporkan telah melunaskan denda RM50 juta di kaunter pembayaran hasil dan deposit Mahkamah Tinggi di sini bagi membolehkan baki hukuman penjaranya dijalani menerusi tahanan di rumah.

Iklan

Bagaimanapun, beliau kembali ke Penjara Kajang selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

AGC sebelum ini memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah itu ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Iklan

Perkembangan terbaharu itu menyusul selepas Mohd Dusuki sebelum ini menyentuh isu kecacatan pada perintah pelepasan berkenaan.

Beliau berkata, penelitian sewajarnya ketika menyediakan dokumen rasmi itu penting bagi mengelakkan sebarang pertikaian, khususnya membabitkan ketepatan penggunaan istilah undang-undang.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pengubahan wang haram serta satu salah guna kedudukan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Najib mula menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022 sebelum mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 2 September tahun sama.

Pada 18 September lalu, beliau mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang membolehkan baki hukuman penjara dijalani menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.