[VIDEO] Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa tuduhan mencuri punca Zara ditemui bawah asrama

Iklan

KOTA KINABALU - Seorang saksi kanak-kanak pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner, di sini pada Isnin, menyatakan bahawa dia merasakan punca Zara Qairina Mahathir ditemui di tingkat bawah asrama pada pagi 16 Julai lalu ada kaitan dengan tuduhan mencuri pada malam sebelum kejadian.

Peguam Shahlan Jufri berkata, menurut keterangan saksi ke-14 yang merupakan kanak-kanak keenam, Zara dipanggil ke sebuah dorm pelajar senior pada jam 10.20 malam, 15 Julai untuk berjumpa dengan seorang pelajar senior.

Iklan
Iklan

"Saksi memberitahu mahkamah, Zara dipanggil kerana dua kes kecurian melibatkan kehilangan dompet dua pelajar.

"Saksi terdengar isu kecurian disebut dalam perbualan, namun tidak jelas. Beberapa ketika kemudian, empat senior termasuk dua pelajar yang dikenali saksi masuk ke dorm untuk berjumpa dengan Zara.

Iklan

"Saksi juga mendengar suara kuat seperti memarahi Zara, tetapi tidak dapat pastikan siapa yang bercakap. Pada malam itu, saksi tidak tahu siapa senior yang berbuat demikian, hanya mengetahuinya pada keesokan hari," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Isnin.

Shahlan (tengah) ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Isnin.

Iklan

Jelasnya, saksi turut memaklumkan bahawa dia tidak pernah melihat Zara berada di dorm tersebut sebelum kejadian.

"Selain itu, saksi juga mendedahkan perkataan makian sering berlaku sesama penghuni asrama, namun menurutnya, ia biasanya sekadar antara rakan-rakan.

"Saksi berkata, lebih kurang jam 11 malam sebelum lampu dipadam, Zara keluar dari dorm dalam keadaan menangis. Itu kali terakhir saksi melihatnya pada malam kejadian," katanya.

Menyentuh isu lain, Shahlan berkata, saksi turut mengesahkan dia ada menghantar sepucuk surat privasi kepada dorm pelajar Tingkatan Satu, iaitu dorm milik Zara.

"Saksi memaklumkan, surat itu telah diterima oleh seorang pelajar yang juga ahli dorm Zara dan dibacakan selepas diserahkan," katanya.

Shahlan turut berkongsi pada prosiding itu, Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan juga ada mengemukakan beberapa soalan kepada saksi tersebut.

"Pertanyaan tersebut adalah mengenai penyerahan sepucuk surat daripada saksi ini kepada pelajar yang merupakan ahli dorm Zara.

"Saksi ini juga mengesahkan bahawa dia mengetahui sebab Zara ditemui di tingkat bawah asrama pada pagi 16.07.2025. Dia merasakan sebabnya adalah Zara dituduh mencuri," katanya.

Sementara itu, Shahlan berkata, dalam keterangan saksi ke-13 yang juga kanak-kanak kelima memaklumkan kepada mahkamah bahawa tabiat pelajar senior menegur atau memarahi dengan nada keras merupakan budaya biasa dalam kalangan penghuni asrama.

"Menurut saksi tersebut, pelajar junior dianggap perlu melalui pengalaman itu kerana para senior sebelum ini turut pernah mengalaminya," katanya.

Shahlan turut bersama rakan sepasukannya iaitu Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Mereka hadir sebagai pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, iaitu Noraidah Lamat, 45, sebagai pihak berkepentingan dalam inkues kematian Zara Qairina.

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.

 

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli