KOTA KINABALU -"Sejak bulan April 2025, Zara selalu bercerita dengan saya bahawa dia ingin cederakan diri kerana dia kecewa dengan kehidupannya. Zara cakap (mengatakan) 'saya tidak layak untuk hidup, lebih baik saya mati saja,"
Itu kenyataan yang didedahkan oleh saksi kanak-kanak kedua yang memberi keterangan dalam prosiding di Mahkamah Koroner di sini pada Khamis.
Peguam Azhier Farhan Arisin yang mewakili empat remaja lain yang dituduh dalam kes Zara Qairina berkata, kenyataan itu adalah daripada salah satu daripada tiga keterangan yang didengar di Mahkamah Koroner setakat ini melibatkan saksi kanak-kanak.
"Itu (kenyataan) datang dari saksi bukan hanya satu, tetapi dua saksi.
"Dua saksi pertama dan kedua bercakap perkara sama. Yang saksi ketiga, lebih kepada apa yang berlaku di dalam 'dorm' ketika malam itu.
"Saksi ketiga kata dia tidak nampak Zara menangis sebab kemungkinan ada benda terhalang iaitu tiang katil. Jadi itu setakat keterangan saksi-saksi ini," katanya.
Azhier berkata, berkenaan saksi kanak-kanak kedua, beliau merujuk kepada satu catatan dalam diari dan menyatakan bahawa tulisan tersebut adalah tulisan Zara.
"Dalam catatan tersebut, penulis mengadu bahawa 'Ya ALLAH kenapa aku dibenci, kenapa aku tidak disukai oleh orang'.
"Catatan tersebut ditulis dalam buku tersebut dan apabila kami tanya sama ada catatan-catatan tersebut pernahkah ditimbulkan oleh arwah Zara kepada saksi tersebut dan saksi mengatakan pernah," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini pada Khamis.
Bagaimanapun, Azhier berkata, ada banyak diari dan tidak mahu ada berlaku salah faham berdasarkan apa yang berlaku di media sosial.
"Ada diari dan ada juga satu buku yang bukan diari iaitu buku yang dikongsi dengan satu pelajar lain, sebab itu dalam buku tersebut ada tulisan pelajar lain dan Zara," katanya.
Azhier sebelum itu turut ditemani rakan sepasukannya iaitu Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan Sylyester Kuan.
Sementara itu, peguam bagi salah seorang daripada lima remaja, Joan Goh turut berkongsi keterangan daripada dua saksi tersebut bahawa Allahyarhamah Zara Qairina pernah memberitahu 'mahu bunuh diri' yang dikatakan lebih 10 kali.
"Lebih daripada 10 kali, kata-kata itu diberitahu," katanya yang juga turut bersama rakan sepasukan Datuk Ram Singh.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli