Inkues Zara Qairina: 'Kak M' pelajar yang baik, tuduhan terhadapnya sangat kejam - Warden

Iklan
Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner di sini hari ini berlangsung penuh emosi apabila seorang saksi meluahkan kesedihan dan terkilan dengan kecaman netizen atau warga siber.

KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner di sini hari ini berlangsung penuh emosi apabila seorang saksi meluahkan kesedihan dan terkilan dengan kecaman netizen atau warga siber.

Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd Sagap, 31, tidak dapat menahan sebak ketika memberi penjelasan tentang kecaman yang yang dilemparkan ke atasnya pada hari kesembilan prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Iklan
Iklan

Saksi kelapan itu menegaskan bahawa beliau serta pihak sekolah tidak pernah melindungi sesiapa, sebaliknya sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dengan menyerahkan semua bukti dan keterangan berkaitan kes berkenaan.

"Kalau kami mahu melindungi pembuli atau pembunuh Zara Qairina, saya tidak akan ceritakan apa (insiden tuduhan curi) yang berlaku pada malam 15 Julai itu kepada pegawai polis. Saya maklumkan perkara itu sebelum ibu Zara Qairina membuat laporan polis kali kedua.

Iklan

"Saya sendiri yang berurusan dengan polis. Apa-apa polis minta, siapa sahaja yang polis mahu bawa ke IPD Papar saya bawa, termasuklah audio ‘Kak M’. Saya juga yang memberitahu polis siapa ‘Kak M’,” katanya.

Azhari menegaskan bahawa remaja yang dikatakan sebagai ‘Kak M’ di media sosial bukanlah ‘Kak M’ yang sebenar.

Iklan

Sebaliknya remaja yang dikaitkan itu merupakan seorang pelajar baik yang hampir setiap tahun menyertai pertandingan hafazan sekolah serta antara tiga pelajar terawal menamatkan Ujian Akhir Sesi Akademik pada tahun lepas.

"Tuduhan terhadap pelajar terbabit sangat kejam hanya kerana dia orang pertama menemui Zara Qairina tidak sedarkan diri di asrama pada awal pagi 16 Julai lepas. Kalau tiada dia, bagaimana keadaan Zara Qairina? Mungkin Zara Qairina sudah kehilangan nyawa di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau memberikan keterangan itu ketika menjawab soalan peguam Abdul Fikry Jaafar yang mewakili empat tertuduh kanak-kanak dalam kes Zara Qairina.

Saksi juga sedih atas kecaman yang dilemparkan ke atasnya hanya kerana melakukan segala usaha bagi menyelamatkan Zara Qairina selain memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dengan menyerahkan segala bukti.

"Adakah ini yang patut saya terima? Adakah ini patut sekolah terima? Tiada apa yang kami selindung. Kami sudah memberitau semua perkara. Semua itu tanggungjawab saya. Saya tidak mahu Zara Qairina teraniaya. Tapi, itulah sekarang ini, memang sekolah teraniaya termasuk saya sendiri.

"Saya ada... saya tunggu sampai Zara Qairina dicabut mesin. Saya tunggu Zara Qairina di mortuary (rumah mayat). Saya juga bertemu dan berbual dengan ibu Zara Qairina ketika berada di hospital hingga hari pengebumian remaja itu di Sipitang. Saya ada. Saya ikut solat sampai ke perkuburan. Inikah patut saya terima?,” soal saksi itu.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada kira-kira 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis.

Sebelum itu, AGC pada 8 Ogos telah mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Allahyarham bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama 

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli