Catatan tulisan tangan Zara Qairina, nota kesan darah antara ekshibit dalam inkues

Iklan
Inkues bagi menentukan punca kematian Zara Qairina di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia memberitahu kepada Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau tidak merujuk satu nota yang ditulis pada sekeping kertas oleh Allahyarham Zara Qairina Mahathir, mengenai ibunya kepada pakar psikiatri untuk penilaian.

Nurul Atiqah Mohd Noh, 44, yang bertugas di Bahagian Pemeriksaan Dokumen, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan daripada peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang remaja yang terlibat dalam kes buli si mati.

Iklan
Iklan

Ram: Merujuk kepada ekshibit Y9 (sekeping kertas), adakah anda telah membaca ayat berikut"ok aku harap sangat nanti di akhirat aku nda mahu jumpa kau… jangan kau cari aku, aku nda mau liat muka mu lagi.. pun aku kan terpaling salah di mata mu…baik kau nda payah lahirkan aku, kau bunuh ja aku.

Nurul Atiqah: Ya

Iklan

Ram: Apabila anda membaca ini, adakah terlintas dalam fikiran anda untuk memaklumkan kepada pegawai penyiasat supaya merujuk kenyataan ini kepada pakar lain seperti pakar psikiatri? Nurul Atiqah:"Tidak".

Nurul Atiqah turut menyatakan beliau perasan terdapat kesan kotoran pada sudut atas kanan helaian (Y9), dan tidak pasti jenis kotoran terbabit.

Iklan

Ram: Sekarang, lihat pada ekshibit Y8 (helaian kertas yang lain)… Saya baca bahagian kandungan yang bertulis"Bismillah, saya Zara Qairina, ingin memutuskan persahabatan dengan…" bertarikh 5 Januari 2025. Adakah anda telah menganalisisnya? Nurul Atiqah menjawab"Ya".

Ram: Apabila anda melihat kesan darah, adakah anda mencadangkan supaya ia dihantar kepada pakar kimia untuk dianalisis?

Nurul Atiqah: Ia dihantar ke bahagian forensik DNA terlebih dahulu sebelum dihantar kepada saya.

Selain itu, Nurul Atiqah turut memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memeriksa sebuah buku latihan milik si mati.

Ram turut bertanyakan sama ada Nurul Atiqah telah menganalisis muka depan buku latihan berkenaan, yang mengandungi perkataan"pergi mati" tertulis di ruangan 'Subjek'.

"Ya, saya sudah menganalisisnya," jawab Nurul Atiqah.

Terdahulu, Nurut Atiqah memaklumkan bahawa pihaknya menerima 21 beg mengandungi empat buku nota, dua buku teks dan 15 keping kertas yang semuanya dikenal pasti sebagai milik si mati.

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Dana Arabi Wazani, saksi berkata adalah mustahil untuk meniru tulisan tangan yang terdapat pada dua buku nota, 15 helai kertas serta dua buku teks milik pelajar itu.

Beliau berkata ini kerana tulisan tangan dalam dokumen-dokumen itu adalah banyak melibatkan pelbagai topik dan ditulis dalam tempoh yang panjang.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat persamaan dalam gaya penulisan, iaitu tulisan berbentuk bulat dengan pembentukan huruf yang jelas, jarak antara huruf yang seimbang, serta kedudukan huruf pada garisan atau halaman," kata Nurul Atiqah.

Prosiding siasatan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung esok.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai. Pelajar Tingkatan Satu itu dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada jam 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Pejabat Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis.

Pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama

 

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli