Inkues Zara Qairina: Biar mahkamah tentukan sama ada bunuh diri atau sebaliknya - Saksi

Iklan
Saksi pertama dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina berkata terpulang kepada pertimbangan Mahkamah Koroner untuk menentukan sama ada remaja itu telah membunuh diri atau sebaliknya.

KOTA KINABALU - Saksi pertama dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir berkata terpulang kepada pertimbangan Mahkamah Koroner untuk menentukan sama ada remaja itu telah membunuh diri atau sebaliknya.

Dr Jessie Hiu, 58, yang menjalankan bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, pada 10 Ogos lepas berkata demikian menjawab soalan daripada peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang remaja yang didakwa dalam kes buli Zara Qairina.

Iklan
Iklan

Ram: Sekiranya bukan disebabkan kemalangan atau didorong ketika berdiri atau duduk di atas penghadang, adakah kemungkinan si mati jatuh sendiri? Dr Hiu menjawab,"Ia terpulang kepada mahkamah untuk menentukannya.”

Ram: Pendek kata, mengikut apa sahaja definisi sekalipun, adakah situasi yang melibatkan si mati ini boleh dianggap sebagai bunuh diri, memandangkan tiada kemalangan atau tolak? Saya bertanya kerana anda seorang pakar.

Iklan

Dr Hiu: Jawapan saya tetap sama, terpulang kepada mahkamah untuk menentukannya.

Ditanya mengenai bau mayat yang mereput, Dr Hiu mengakui"ia berbau busuk”, bagaimanapun pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina membantah soalan terbabit kerana ia tidak relevan. Koroner Amir Shah Amir Hassan turut membenarkan bantahan itu.

Iklan

Terdahulu, satu patung bersaiz kanak-kanak dibawa masuk ke mahkamah untuk membantu pakar perubatan menerangkan kecederaan yang ditemukan pada si mati.

Dr Hiu, pakar patologi yang telah berkhidmat di Jabatan Perubatan Forensik, HQE sejak 1998, menandakan enam bahagian pada patung terbabit yang sepadan dengan kecederaan ditemukan pada badan Zara Qairina iaitu belakang kepala, tapak tangan, belakang lengan bawah, belakang siku, buku lali kanan dan kaki kiri.

Pendengaran inkues akan bersambung Isnin.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di HQE pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan polis.

Pada 8 Ogos, AGC turut mengarahkan kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan. - Bernama

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli