Mustahil untuk masukkan Zara Qairina ke dalam mesin basuh - Pakar patologi forensik

Iklan
Dr Jessie Hiu

KOTA KINABALU - Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir hari ini memberitahu Mahkamah Koroner bahawa adalah mustahil untuk memasukkan remaja berusia 13 tahun itu ke dalam mesin basuh.

Dr Jessie Hiu, 58, yang berkhidmat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth di sini sejak 1998, berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku disebabkan berat mangsa.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika disoal pengendali prosiding, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad, pada hari kedua inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Badius Zaman: Doktor, adakah anda menjumpai mesin basuh ketika lawatan ke tempat kejadian?

Iklan

Dr Hiu: Ya, terdapat satu, di tingkat bawah, berhadapan dengan tangga.

Badius Zaman: Doktor, adakah anda tahu saiz mesin basuh itu?

Iklan

Dr Hiu: Ia merupakan mesin basuh domestik, bukan industri.

Badius Zaman: Adakah mangsa boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh?

Dr Hiu: Saya tidak memeriksa saiz dram mesin basuh tersebut. Saya dimaklumkan mangsa mempunyai berat 53 kilogram, dan saya tidak fikir mesin itu boleh berfungsi dengan beban seberat 53 kilogram.

Prosiding pendengaran kes di hadapan Koroner, Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan diteruskan.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lalu. Beliau dimasukkan ke hospital sehari sebelumnya, selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada pukul 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengumumkan satu inkues akan dijalankan berhubung kematiannya selepas meneliti laporan siasatan polis. Sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengarahkan kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan. - Bernama

 

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli