Ibu Allahyarhamah Zara mohon dibenar sertai prosiding inkues

Iklan
Pasukan peguam wakili Noraidah ibu Zara Qairina

KOTA KINABALU – Permohonan pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir untuk mengisytiharkan beliau sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues kematian anaknya akan didengar di Mahkamah Koroner pada Khamis depan.

Menurut kenyataan bersama pasukan peguam, permohonan tersebut telah difailkan pada Selasa lalu.

Iklan
Iklan

“Pada 19 Ogos lalu, kami telah memfailkan permohonan di Mahkamah Koroner agar anak guam kami, Noraidah, dideklarasikan sebagai orang yang berkepentingan dalam prosiding inkues berkenaan kematian Zara.

“Dalam permohonan itu juga, kami memohon agar Noraidah, melalui kami, dibenarkan terlibat dalam prosiding inkues tersebut untuk memeriksa dan menyoal balas saksi, meneliti dokumen, mencadangkan serta membawa saksi-saksi dan dokumen tambahan bagi membantu koroner,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Iklan

Selain itu, mereka turut memohon agar diberikan salinan dokumen relevan daripada Jabatan Peguam Negara sebelum prosiding bermula.

“Permohonan ini telah ditetapkan untuk pendengaran di hadapan Koroner pada jam 9 pagi, 28 Ogos ini,” tambah kenyataan itu.

Iklan

Sebelum itu, kenyataan bersama berkenaan dikeluarkan oleh peguam Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli