'Pakar patalogi TikTok' dakwa terlibat bedah siasat Zara Qairina dikenal pasti

Iklan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti individu di sebalik akaun TikTok "Dato’ Prof Dr Tunku Iskandar” yang didapati menyamar sebagai pakar patologi, serta mendakwa terlibat dalam proses bedah siasat kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti individu di sebalik akaun TikTok"Dato’ Prof Dr Tunku Iskandar” yang didapati menyamar sebagai pakar patologi, serta mendakwa terlibat dalam proses bedah siasat kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan suspek tersebut bukan seorang pakar patologi.

Iklan
Iklan

"Individu berkenaan dikesan berdekatan kawasan Kota Damansara lewat malam tadi hasil maklumat daripada keterangan dua individu yang turut berada dalam sesi TikTok Live akaun tersebut.

"Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk rakaman keterangan, manakala peralatan komunikasinya turut dirampas bagi tujuan analisis siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Iklan

MCMC dalam kenyataan itu memaklumkan penyebaran maklumat palsu, khususnya membabitkan isu sensitif seperti kematian, tragedi atau mangsa nahas, merupakan satu kesalahan serius yang boleh menyinggung perasaan keluarga, mengelirukan masyarakat serta mengganggu proses siasatan pihak berkuasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Iklan

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali. Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan. - Bernama

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli