Kenderaan yang dipercayai membawa jenazah anggota Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim kelihatan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi ini.
Bedah siasat jenazah Muhammad Adib akan dilakukan di HKL sebelum dibawa pulang ke Kedah untuk pengebumian.
Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di IJN. Dia mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini, 27 November lalu. - Foto Bernama