Pemandangan udara mengenai situasi terkini banjir yang melanda Kampung Morten hari ini.
Kejadian banjir di Kampung Morten ketika ini berpunca daripada fenomena air laut pasang besar dan limpahan air Sungai Melaka berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari ini.
Di Melaka, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 2,537 mangsa daripada 656 keluarga pada 8 pagi tadi berbanding 1,778 mangsa daripada 462 keluarga pada 8 malam tadi.
--fotoBERNAMA