PASUKAN UiTM Eco-Sprint dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mensasarkan kejuaraan kali keempatnya pada Shell Eco Marathon Asia 2017 (Sema 2017) yang bakal berlangsung bermula 16 hingga 19 Mac ini di Singapura.

Pengurus pasukan, Amirah Athirah Rohazam berkata, model kenderaan yang dihasilkan tahun ini adalah berdasarkan penambahbaikan setiap penglibatan universiti itu dalam kategori kenderaan Prototype.

“Setiap tahun, penambahbaikan itu perlu ada dan tahun ini kami cuba yang terbaik untuk memecahkan rekod kami sendiri pada tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini.

“Selain dari segi teknikal, kali ini kami gunakan nama Chantenk di mana rekaan kenderaan adalah berdasarkan elemen batik dan ini adalah usaha kami untuk memperkenalkan batik Malaysia kepada seluruh dunia,” katanya pada majlis Flag Off Sema 2017, semalam.

Mengulas lanjut, Amirah berkata, cabaran utama dalam memastikan penglibatan mereka dalam pertandingan dapat direalisasikan adalah kekangan modal.

“Dari segi teknikal memang ada cabarannya, namun atas bantuan alumni yang pernah terlibat sama dalam projek ini lebih memudahkan kerja-kerja penambahbaikan. 

"Sebab itu juga kami mengangkat tema ‘unsung hero’ dalam projek kali ini kerana tanpa bantuan mereka, kami mungkin tidak dapat lakukannya.

“Tidak dinafikan modal adalah cabaran terbesar memandangkan ia memakan kos sangat besar lebih kurang RM60,000. Alhamdulillah, atas kerja kuat kumpulan, kami berjaya merealisasikannya,” katanya.

Tahun lalu, pasukan UiTM Eco-Sprint dinobat juara pada pertandingan yang berlangsung di Manila, Filipina.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASUKAN Hoki Terengganu (THT) mengulangi pesta gol apabila membelasah pendatang baharu saingan Liga Premier Hoki Malaysia (MHL-TNB), UiTM, 9-0 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Burok, hari ini.
  • KETUA jurulatih UiTM FC, Raja Isa Raja Akram Shah menyangkal dakwaan bahawa pendahulu Liga Perdana itu berdepan tekanan menjelang pertemuan menentang DRB-Hicom di laman lawan, petang nanti.
  • PASUKAN Futsal Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara pada perlawanan akhir Grand Finale Kejohanan Futsal IPT 2015 yang berlangsung di Indoor Arena Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Kuantan, Pahang, Ahad lalu.
  • PUSAT Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan Majlis Anugerah Sukan UiTM di Ideal Convention Centre (IDCC), Seksyen 15, Shah Alam, esok.