TERENGGANU sekali lagi meletakan sasaran untuk merampas kembali kejuaraan Sukan Malaysia (Sukma) XIX, 2018 di Perak  selepas kali terakhir meraih hatrik kejayaan sejak 2008 sehingga 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat berkata, pihaknya melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah melakukan persediaan rapi sejak Januari lalu bagi menghadapi temasya dwi tahunan itu nanti.

Menurutnya, persiapan kontinjen Sukma Terengganu  kini sudah memasuki fasa kedua dengan penglibatan hampir 700 atlet dan mereka akan memasuki fasa terakhir hujung tahun ini.

"Buat masa ini saya dimaklumkan persiapan berjalan dengan lancar melibatkan kesemua acara sukan dengan nisbah satu acara, lima atlet sebelum memasuki fasa terakhir satu acara, satu atlet bermula Disember ini.

"Malah kita jangkakan persiapan pada kali ini dilakukan dengan lebih menyeluruh termasuk mengadakan sesi latihan di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Himpunan Kontinjen Sukma Terengganu menjelang Kira Detik Setahun Sebelum Sukma  2018 di Dewan Arena, Stadium Tertutup Gong Badak, malam tadi.

Mengulas lanjut, Rozi berkata, daripada 700 atlet hanya 500 daripada mereka akan mengalas cabaran pada Sukma Perak nanti melibatkan 430 tawaran pingat dalam 29 acara sukan yang disertai.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.