Speedy Tigers lakar kemenangan kedua

Azimuddin antara pencetak gol Speedy Tigers ketika menentang New Zealand di Ipoh. Foto: Hokita
Azimuddin antara pencetak gol Speedy Tigers ketika menentang New Zealand di Ipoh. Foto: Hokita
A
A
A

SKUAD hoki lelaki negara meneruskan kebangkitan dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah 2024 apabila menang 6-4 ke atas New Zealand dalam perlawanan di Stadium Azlan Shah, Ipoh pada Selasa.

Gol Speedy Tigers dalam perlawanan itu dijelmakan Faizal Saari pada minit kedua, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (m-5), Azimuddin Syakir Kamarudin (m-6) dan sekali lagi Azrai Aizad (m-14).

New Zealand bangkit merapatkan kedudukan menerusi dua gol Jake Smith (m-19) dan Jonty Elmes (m-28) untuk kedudukan 4-2.

Gol padang Muhajir Abdu Rauf minit ke-52 melebarkan kedudukan Speedy Tigers sebelum Scott Cosslett mengurangkan defisit dengan gol minit ke-58, sebelum Azrai Aizad melengkapkan hatrik dengan gol minit ke-60.

Keputusan lain menyaksikan Korea Selatan menang tipis 1-0 ke atas Kanada manakala Pakistan terikat 1-1 menentang Jepun.

INFO

Piala Sultan Azlan Shah 2024 Edisi 30

KEPUTUSAN

Artikel Berkaitan:

4 MEI

Malaysia 4-5 Pakistan (juara tiga kali)

5 MEI

Malaysia 6-2 Kanada

7 MEI

Malaysia 6-4 New Zealand (juara dua kali)

JADUAL

8 MEI

Malaysia lwn Jepun

10 MEI

Malaysia lwn Korea Selatan (juara tiga kali)

* Semua aksi Malaysia dijadualkan bermula jam 8.30 malam di Stadium Azlan Shah, Ipoh.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!