Selangor mahu tunda Piala Sumbangsih

Selangor FC memohon untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih. Foto Selangor FC
Selangor FC memohon untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih. Foto Selangor FC
A
A
A

SELANGOR FC telahmenghantar surat kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memohon untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih yang bakal berlangsung pada Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, permohonan itu telah dihantar kepada MFL pada Selasa susulan bimbang mengenai keselamatan pasukan.

"Hari ini Selangor FC membuat permohonan secara rasmi sekiranya pihak MFL dan juga JDT (Johor Darul Ta'zim) bersetuju untuk perlawanan Piala Sumbangsih kalau dapat diubah, bukan dibatalkan atas dasar keselamatan.

"Faktor saya tak boleh dedahkan. Kita sudah buat permohonan rasmi kepada MFL. Biar MFL teliti dan perbincangan lanjut akan dijalankan," katanya ketika ditemui selepas melawat pemain Selanngor, Faisal Halim di sebuah hospital swasta hari ini.

Aksi Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Namun, timbul kebimbangan mengenai soal keselamatan pemain selepas Faisal yang juga tonggak utama Selangor disimbah asid dalam satu kejadian di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya.

Pemain sayap kebangsaan itu kini sedang dirawat di sebuah hospital di Shah Alam selepas mengalami kelecuran tahap empat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: