PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola menyedari dirinya tidak akan kekal lama bersama pasukan itu jika gagal menghadiahkan trofi buat pasukan.

Ketika tiba di City musim panas lalu, Guardiola dibebani ekspetasi berikutan kejayaannya bersama Barcelona dan Bayern Munich.

Harapan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini kelihatan sukar selepas The Citizens tertinggal 10 mata dengan pendahulu, Chelsea dengan baki 11 perlawanan.

Bagaimanapun, City masih berpeluang merebut Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Menurutnya, jika dia gagal mendapatkan sebarang trofi, dia sedar dirinya tidak akan lama bersama pasukan (City).

“Jika tiada trofi, ia tidak akan jadi musim yang bagus. Saya sedari perkara itu kerana setiap pengurus bergantung pada hasilnya.

"Saya tahu bagaimana tahap saya di masa lalu mengenai juara, dan saya tahu (beban) macam apa yang ada di bahu saya dan saya harus menghadapinya. Tapi dari lubuk hati saya selalu percaya bahawa hasilnya bergantung dengan cara kita bermain.

“Itu sebab mengapa saya harus yakin bahawa kami bermain lebih baik setiap hari. Saya ingin pasukan saya bermain lebih baik di akhir musim,” katanya.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.