Sukma 2012
KUANTAN - Kontinjen Kelantan yakin mampu meraih sekurang-kurangnya lima pingat emas menerusi acara olahraga di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang bermula secara rasminya hari ini.
Ketua kontinjen Kelantan Zahari Zakaria berkata keyakinan tersebut diletakkan berdasarkan pengalaman yang ada pada 15 orang atletnya yang sebahagian besar terdiri daripada atlet pelapis kebangsaan.
"Kita yakin mampu mencapai sasaran tersebut kerana mempunyai atlet yang berpengalaman berbanding skuad olahraga negeri lain.
"Namun pada masa yang sama kita tidak memandang rendah kepada keupayaan atlet olahraga dari negeri lain," katanya kepada Bernama hari ini.
Acara olahraga akan bermula pada Selasa ini di Stadium Darul Makmur melibatkan 23 acara yang menawarkan 135 pingat iaitu 45 pingat emas, 45 perak dan 45 gangsa.
Zahari berkata selain acara olahraga tumpuan pingat bagi kontinjen Kelantan turut disandarkan kepada acara tinju.
Pada edisi kali ini, Kelantan menghantar kontinjen dengan kekuatan 331 atlet dan pegawai dengan sasaran 16 pingat emas. - Bernama
- Sukma ke-15 Pahang jana pendapatan lebih RM17 juta
- Sukma: Pungut 62 emas atasi pencapaian 2008
- MSN: Sukma ke 15 pamer peningkatan prestasi atlet pelapis
- Sukma: Terengganu juara kali keempat
- Sarawak cipta kejutan raih emas skuasy lelaki berpasukan
- Terengganu hampiri gelaran juara Sukma ke-15
- Terengganu: 'Kita bangkit di Sukma dalam situasi amat perit'
- Sukma: Lebih 200 cabutan bertuah pada majlis penutup malam esok
- Sukma: Wee Nee, Mohd Addeen kuasai skuasy individu
- Keputusan Sukma ke 15 Pahang




