PEMANGKU ketua jurulatih, Sathit Bensoh dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan berkata Sathit akan dibantu oleh bekas ketua jurulatih Felcra FC, Yusri Che Lah untuk membimbing pasukan tersebut.

"Kami beri peluang kepada Sathit Bensoh dan beliau berjanji dalam tiga atau empat perlawanan beliau mahu tunjukkan kejayaan buat Kelantan dan jika gagal beliau sanggup melepaskan jawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Kafa membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat jurulatih daripada Republic Czech, Thomas Trucha.  – Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENOLONG Jurulatih Kelantan, Sathit Bensoh mengakui barisan pemainnya beraksi di bawah tahap keupayaan sebenar ketika tewas 0-2 kepada Selangor pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam kelmarin.