PEREKA logo baharu pasukan Perak, Mohammad Abdul Razak, 22, menerima hadiah daripada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) yang juga pengurus skuad Liga Super, Datuk Shahrul Zaman Yahya sempena majlis Pelancaran Jersi Terbaharu Perak The Bos Gaurus 2016 di butik sukan Al-Ikhsan, Ipoh Parade baru-baru ini.

Pereka berusia 22 tahun itu turut bercadang untuk terus menyumbang idea khususnya rekaan-rekaan baharu untuk Pafa pada masa hadapan.

Difahamkan, Mohammad menerima wang tunai berjumlah RM1,500 manakala pemenang tempat kedua membawa pulang RM1,000, ketiga dan keempat masing-masing RM500.