PERAK akhirnya menjadi mencipta hatrik emas bagi acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) selepas berjaya menundukkan pasukan Kedah dengan kemenangan 2-1 di Stadium Perak,  di sini, hari ini.

Gol-gol pasukan Perak dijaring oleh Muhammad Alif Safwan Mohd Sallahuddin pada minit ke-66 dan Muhamad Asyraaf Mat Pushni pada minit ke-70.

Bagaimanapun Kedah terlebih dulu menjaringkan gol pada minit ke-63 melalui sepakan percuma oleh kapten pasukan, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam.

Untuk rekod Perak merupakan pemenangan pingat emas bagi acara bola sepak Sukma pada tahun 2016 di Sarawak dan 2014 di Perlis.