NEMANJA Matic menilai Marouane Fellaini seharusnya mendapat lebih penghargaan berdasarkan sumbangan besar yang diberikan kepada Manchester United.

Beliau berkata, penyokong United seolah-olah kurang menghargai Fellaini walaupun pemain asal Belgium itu sudah menunjukkan semangat yang tinggi dalam setiap perlawanan.

“Jika anda melihat dia berlatih setiap hari, anda tidak akan terkejut dengan prestasinya di atas padang. Sejujurnya saya tidak terkejut dia beraksi baik dan berjaya menjaringkan gol untuk kami.

“Saya sangat menikmati bila beraksi bersamanya dan saya tahu dia akan terus cemerlang seperti sekarang.

“Tetapi saya merasakan dia tidak mendapat penghargaan sewajarnya penyokong. Saya sendiri tidak pasti mengapa,” katanya.

Ketika melayan kunjungan Crystal Palace, Fellaini menjaringkan dua gol untuk memastikan United menang bergaya 4-0 sekali gus gol keempat musim ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :