BEKAS pertahanan PKNS FC, Azmi Muslim sah menyarung jersi Melaka United bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.

Melaka United menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, kemasukan Azmi dapat membantu membentuk pertahanan ampuh menerusi pengalaman luas pemain tersebut dalam kancah Liga-M.

"Melaka United menambah jentera pertahanan bagi menghadapi saingan Liga Super 2018 dengan menandatangani Azmi Muslim dari pasukan PKNS FC. Semoga pengalaman beliau dapat memperkuatkan lagi bahagian pertahanan Melaka United," katanya.

Sesi menandatangani kontrak diadakan di Bilik Media Persatuan Bola Sepak Melaka (Musa) dan disaksikan oleh Ketua Jurulatih Melaka United, Eduardo Almeida.

Sebelum ini, Melaka United telah mengikat dua penjaga gol Mohd Faridzuen Kamaruddin dari Sime Darby FC dan Zamir Selamat dari PKNS FC untuk musim baharu Liga Super.

Selain itu, Melaka United turut menandatangani Effendy Kamsah dari Felda United sebagai jurulatih penjaga gol yang baharu untuk melatih barisan akhir skuad hijau putih bagi menghadapi saingan 2018.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Sathit Bensoh menjadi mangsa pertama yang ‘disingkirkan’ daripada tugasan jurulatih musim ini biarpun saingan Liga Malaysia (Liga-M) baharu tidak sampai sebulan berlangsung.
  • PENGURUS PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mahu skuad itu kekal fokus sepanjang 90 minit apabila bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam esok.
  • KEMASUKAN saat akhir Mahali Jasuli dan Rafael Ramazotti bersama PKNS FC memberi bayangan skuad kendalian Datuk K Rajagobal mampu merealisasikan sasaran menjulang satu piala musim ini.
  • PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) lebih berminat menjadikan Stadium KLFA Cheras sebagai gelanggang rasmi pasukan untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2018.
  • PEMAIN sayap Kedah Bawah 21 Tahun, Hidhir Idris kini dalam perhatian Ketua Jurulatih utama Kedah, Ramon Marcote untuk diserapkan ke skuadnya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2018.