BEKAS pemain kebangsaan, Mohd Azraai Khor Abdullah melihat cadangan untuk Malaysia kembali ke Liga Semi-Pro sebagai relevan.

Menurutnya, ia dapat membantu pasukan berkaitan dana dan mengelakkan pasukan menghadapi masalah pembayaran gaji kepada pemain.

“Saya lihat dari segi pembayaran gaji dilihat agak relevan dan sesuai buat masa ini memandangkan banyak pasukan yang menghadapi masalah kewangan.

“Ini bermakna, pemain perlu bekerja dan bermain pada waktu tertentu dengan elaun yang telah ditetapkan.

“Pada zaman saya dahulu, memang itu yang dilakukan dan kami dapat membentuk pemain yang bagus selain layak ke Olimpik,” katanya.

Katanya lagi, ia juga dapat mendidik pemain supaya menghargai erti penghargaan untuk bermain dengan negara.

“Kalau sekarang, mereka sudah tidak terlalu patriotik dan main sambil lewa. Mereka apa nak kisah maju atau tidak bola sepak negara kerana gaji tetap masuk.

"Ambil contoh dahulu Datuk Mokhtar Dahari misalnya, beliau siang bekerja dengan PKNS dan selepas itu datang main bola. Begitu juga dengan pemain lain, tetapi tetap mampu tunjuk persembahan baik kerana mereka ada semangat,” katanya.

Namun, beliau tidak melihat langkah pengunduran dari profesional ke semi profesional sebagai langkah terbaik memperbaiki mutu permainan skuad negara.

Jelasnya, prestasi permainan pemain tetap sama dan perlukan perubahan dari segi taktikal dan pembentukan pemain.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.