PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) sah mengikat penyerang skuad kebangsaan Lubnan, Abou Bakr Al-Mel pada jendela perpindahan pemain pertengahan musim Liga Malaysia (Liga-M) 2017.

Khabar gembira itu diumumkan Pengerusi Konsortium Al-Hamra, Tan Sri Annuar Musa pada satu sidang media ringkas di Kota Bharu, sebentar tadi.

Annuar berkata, Abou Bakr atau dikenali panggilan Bako mengikat kontrak satu setengah tahun bersama The Red Warriors sehingga akhir musim 2018.

"Kafa bersetuju menggantikan Mohammed Ghaddar yang berhijrah ke JDT (Johor Darul Ta'zim) dengan Bako.

"Sekiranya urusan pendaftarannya selesai dalam tempoh dua hingga tiga hari ini, kita berharap dia dapat diturunkan pada pertemuan menentang Pulau Pinang, 24 Mei ini ," katanya.