SPEKULASI siapakah pemain import dalam pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) akhirnya terjawab apabila Paulo Rangel telah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Harimau Selatan, hari ini.

Pemain berasal daripada Brazil itu menyifatkan tawaran untuk bersama Juara Piala AFC 2015 seperti 'Impian Menjadi Kenyataan' dan menganggap Juara Liga Super itu sebagai pasukan terbaik di Malaysia.

Beliau yang pernah bermain dengan pasukan Terengganu itu mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Pengendali JDT, Mario Gomez.

Majlis Menandatangani kontrak itu berlangsung di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, di sini, disaksikan Setiausaha PBNJ, Mohd Fahmi Yahya dan beberapa penyokong pasukan yang hadir.