ARSENAL mengesahkan Alexis Sanchez tidak akan berhijrah ke kelab lain pada jendela perpindahan pemain musim panas ini.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, pemain kebangsaan Chile itu akan terus kekal bersama The Gunners dan menghormati keputusan kelab untuk tidak melepaskannya ke kelab lain.

"Dia (Sanchez) sedang fokus bersama kami dan jelas dia akan kekal di sini kerana menghormati keputusan kelab," kata Wenger.

Namun, apabila diminta mengulas mengenai kontrak baharu Sanchez yang akan tamat tidak lama lagi, Wenger enggan mengulas lanjut.

"Soal kontrak baharu, saya tidak boleh berkata apa-apa kerana jika saya mendedahkannya ia seolah-olah ingin membunuh diri.

"Cuma saya boleh katakan jika dia boleh bertahan bersama kami musim depan, beliau pasti akan kekal untuk beberapa tahun lagi," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :