PENGARAH teknikal Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Alfredo Gonzales dilantik pengurus baharu The Red Warriors bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Naib Presiden Kafa, Datuk Rosmadi Ismail berkata, Gonzales, 49, akan menggantikan tempat beliau yang akan bertindak selaku ketua kontinjen pasukan sambil dibantu penolongnya, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, berkuat kuasa serta-merta.

“Bagi mengharungi baki perlawanan yang dirasakan semakin mencabar maka Kafa dan pengurusan pasukan perlu membuat perubahan dan penambahbaikan dengan mengambil pendekatan lebih profesional.

“Alfredo berperanan merancang serta merangka modul latihan untuk pasukan ini. Beliau diberi tanggungjawab penuh dan akan dibantu ketua jurulatih (Zahasmi Ismail) dalam menyediakan satu pasukan mantap yang mampu bersaing dalam baki Liga Super dan kempen Piala Malaysia, musim ini,” katanya menerusi satu kenyataan media di Kota Bharu, hari ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak menolak kemungkinan mencari jurulatih baharu sekiranya Sathit Bensoh gagal melakukan perubahan terhadap prestasi Kelantan, pada perlawanan Liga Super akan datang.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) belum berpuas hati dengan prestasi skuad The Red Warriors (TRW) walaupun saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2018 bakal membuka tirai, awal bulan depan.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersedia untuk meminjamkan enam pemainnya kepada mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain terbabit, sebagai langkah mengurangkan kos pembelanjaan persatuan itu musim ini.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengikat Ferdinand Sinaga dan Bruno Lopes bagi tempoh setahun sekali gus melengkapkan kuota pemain import skuad The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
  • BEKAS pemain antarabangsa Indonesia, Ferdinand Sinaga menjadi buruan terbaharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk dibawa masuk memperkuatkan Kelantan, pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.