KAPTEN skuad negara, Liew Daren memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal memberikan mata kemenangan kepada pasukan Malaysia dalam merebut Piala Thomas, malam tadi.

Kekalahan 2-3 ke atas Jepun sekali gus meranapkan impian untuk menamatkan kemarau selama 22 tahun menjulang trofi berkenaan.

Daren yang diturunkan sebagai perseorangan ketiga menjadi sandaran buat seluruh rakyat Malaysia untuk menghadiahkan kemenangan kepada Malaysia setelah terikat 2-2.

Setelah berhempas pulas, Daren akhirnya terpaksa akur tewas di tangan Takuma Ueda 12-21, 21-18, 17-21.

"Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya sudah berikan aksi terbaik tetapi jika ada juga pihak yang mahu salahkan saya, saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya selepas perlawanan malam tadi dipetik BH Online.

Daren berkata, beliau memang terlalu mahu memberikan kemenangan kepada skuad negara selain membuktikan kemampuan sebenarnya selepas aksi hambarnya dalam dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini.

"Apa yang saya boleh katakan, perlawanan ini sedikit sebanyak memberikan motivasi dan pengajaran berguna kepada saya untuk menghadapi kejohanan seterusnya nanti," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LIMA beradik Sidek pernah mencetus satu fenomena luar biasa dalam arena badminton. Dalam mencapai kejayaan semestinya banyak dugaan dan cabaran harus ditempuhi lima beradik ini dalam mencipta nama mereka.
  • KEJOHANAN Skuasy Remaja Kebangsaan kali ke-12 di Pusat Skuasy Jalan Duta melabuhkan tirainya Ahad lalu dengan wakil Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Darren Rahul Pragasam dan Zoe Foo Yuk Han mengungguli kategori bawah 19 tahun lelaki dan wanita selepas mengetepikan lawan masing-masing di perlawanan akhir.
  • SELEPAS gagal membantu negara mengakhiri penantian 24 tahun untuk menjulang Piala Thomas, minggu lalu, pemain perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin kini mahu memberi tumpuan kepada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia yang akan berlangsung di Jakarta, hari ini.
  • DI sebalik kejayaan pasukan badminton Denmark menjulang Piala Thomas buat pertama kali Ahad lalu, pasti tidak ramai yang tahu adanya ‘sentuhan’ bekas jurulatih negara, Datuk Misbun Sidek.
  • NAMPAKNYA rezeki tak berpihak lagi kepada Malaysia untuk membawa pulang Piala Thomas kali ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.