CABARAN Malaysia pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Indonesia berakhir selepas pasangan beregu tunggal negara, Chan Peng Soon-Peck Yen Wei tumpas di separuh akhir pada aksi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta, hari ini.

Pasangan beregu campuran bukan pilihan itu tewas kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia; 13-21 dan 14-21 pada perlawanan yang berlangsung selama 39 minit, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.com.

Tontowi-Liliyana, pilihan keenam kejohanan akan berdepan pilihan utama, Zheng Siwei-Chen Qingchen pada perlawanan akhir, esok, selepas pasangan dari China itu mengalahkan rakan senegara, Liu Yuchen-Tang Jinhua; 21-10, 21-23 dan 21-16 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Cabaran Malaysia dalam empat lagi kategori - perseorangan dan beregu lelaki serta perseorangan dan beregu wanita - berakhir di pusingan awal selepas kesemua pemain negara tumpas kepada lawan masing-masing.

Kejohanan tahunan itu menawarkan hadiah keseluruhan US$1,000,000 (RM4.278 juta). - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGARAH Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen tidak pernah sangsi keupayaan Goh Jin Wei yang akan beraksi di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang akan membuka tirai 19 Ogos ini.
  • BEREGU wanita utama Malaysia, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei, menerima suntikan semangat baharu menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 minggu depan selepas menjuarai Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka New Zealand di Auckland, hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.