PENGENDALI Chelsea, Antonio Conte menolak ramalan awal skuadnya mampu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Sebaliknya Conte percaya cabaran kali ini lebih getir kerana mereka berhadapan jadual perlawanan yang padat.

"Atas kertas kami diletakkan sebagai calon juara. Bagi saya, ia tidak munasabah.

"Tiada karpet merah untuk kami mengulangi pencapaian musim lalu.

"Kami perlu bekerja lebih keras dan cuba memenangi setiap perlawanan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :