SEBANYAK 242 kilogram (kg) berjaya dikutip oleh kelab penyokong di Stadium Darul Aman sempena Program Kebersihan dan Kesedaran 3R (Jangan Buang Sampah), semalam.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, kempen dijalankan sempena perlawanan Kumpulan C Piala Malaysia 2017 di antara Kedah dan Kelantan mendapat maklum balas positif daripada penonton.

Menurutnya, sampah dikutip sendiri oleh penyokong sebelum dikumpulkan di lapan pintu masuk stadium.

"Usaha seperti ini telahpun dimulakan di negara maju seperti Jepun, Korea dan United Kingdom apabila penonton sendiri mengutip sampah selepas tamat perlawanan bolasepak.

"Di sini, saya difahamkan pihak stadium terpaksa mengambil masa tiga hari untuk membersihkan sampah yang ditinggalkan di stadium. Bayangkan ruginya tempoh masa tersebut yang boleh dimanfaatkan oleh pekerja untuk membuat kerja lain," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENYOKONG mahu Stadium Darul Aman terus dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang kerana sarat dengan sejarah tersendiri termasuk menjadi mercu di Bandaraya Alor Setar.
  • BAGI peminat bola sepak khususnya untuk pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), wajah baharu stadium kesayangan mereka, Stadium Sultan Ibrahim Larkin, Johor Bahru, Johor hanya akan siap pada awal tahun hadapan.
  • STADIUM Stamford Bridge dijangka bakal ditutup selama tiga tahun bagi memberi ruang kepada proses ubah suai stadium berkenaan.
  • PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) memberi jaminan bahawa pemain negara tidak akan menghadapi kesulitan menjalani latihan walaupun Stadium Juara di Bukit Kiara di sini akan ditutup sementara bagi pengubahsuaian menghadapi Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, Ogos ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.