JOHOR BAHRU - Hanya berbaki enam keluarga dari Segamat yang masih terjejas akibat banjir yang melanda negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata pusat pemindahan di Balairaya Batu Badak, Segamat kini menempatkan 30 mangsa.

"Data sehingga 6 petang merekodkan mangsa banjir terdiri lapan lelaki, 17 wanita dan empat kanak-kanak.

"Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri ini dijangka berterusan sehingga awal malam," katanya.

Ia melibatkan daerah Muar, Batu Pahat, Kluang,Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Kulai.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA PILAH - Hanya mengambil masa kurang seminit. Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah berjaya menyelamatkan dua mangsa yang terperangkap di dalam sebuah kereta yang dihanyutkan arus deras pada jam 4.30 pagi tadi.
  • GEORGETOWN - Lebih 10 kawasan di Pulau Pinang ditengelami air selepas hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan sejak jam 7 malam tadi.
  • IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak sehingga pukul 8 malam ini kekal dengan 167 orang daripada 47 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di daerah Manjung.
  • JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Segamat tiada perubahan setakat 8 malam ini dengan mangsa banjir yang masih ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu kekal 30 orang daripada enam keluarga.
  • PASIR GUDANG - Hujan lebat sejak jam 3.30 petang tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Pasir Gudang dilanda banjir kilat.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.