KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang anggota polis berpangkat sarjan yang disyaki meminta wang suapan daripada seorang individu bagi menyelesaikan siasatan kes berkaitan dadah.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsuddin Yusof berkata, anggota polis daripada bahagian narkotik itu ditahan di sebuah restoran di Pangkalan Datu di sini, jam 3 petang tadi selepas beberapa jam menerima laporan daripada individu berkenaan.

“Dalam laporannya, pengadu memberitahu anggota berusia 50 tahun itu meminta suapan sebanyak RM1,800 bagi menyelesaikan satu kes dadah,” katanya ketika dihubungi di sini.

Justeru, Moh Samsuddin berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap suspek. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Tempoh tahanan reman ke atas bekas ketua polis daerah (OCPD) di Perak yang ditahan bersabit kes rasuah dan salah laku dilanjutkan empat hari lagi hingga 16 Disember ini.
  • IPOH - Wang tunai hampir RM1 juta dan barangan kemas ditemukan dalam kotak kasut dan peti besi di rumah seorang bekas ketua polis daerah berpangkat Asisten Komisioner Polis (Asisten Komisioner) di Perak, semalam.
  • JOHOR BAHRU - Cubaan seorang lelaki warganegara Bangladesh berlagak hero untuk melepaskan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam aktiviti perlacuran membawa padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan rasuah.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang tekong bot Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan memberi suapan RM1,000 kepada pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).
  • KUALA TERENGGANU - Seorang tauke bot Vietnam dijatuhi hukuman enam bulan penjara dan denda RM500,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, hari ini atas tuduhan memberi suapan RM100,000 kepada Pengarah Pangkalan Maritim Kemaman, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).