KUALA LUMPUR - "Keputusan hasil bedah siasat kedua ke atas  mayat  khususnya  sampel kaki Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu," kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, bedah siasat pertama ke atas pelajar tahfiz yang meninggal dunia 26 April lepas itu telah dilakukan namun punca kematian masih belum diketahui.

"Proses penggalian balik (mayat) dilakukan agar pakar patologi dapat menentukan punca kematian  Allahyarham Mohamad Thaqif.

Walaupun kita mempunyai tentatif diagnosis tetapi saya tidak akan mengumumkan keputusan tersebut. Kita akan tunggu laporan akhir untuk mengetahui punca kematiannya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Saintifik yang ke-47 dan Jubli Emas Persatuan Orthopedik Malaysia (MOA) di sini, hari ini.

Menurut beliau, walaupun pakar patologi pada mulanya telah mendapatkan beberapa penemuan hasil daripada bedah siasat pertama namun mereka masih tidak berpuas hati dengan bukti yang sedia ada.

"Apabila pemotongan kaki dijalankan, doktor pakar tidak sangka bahawa dia akan meninggal dunia. Kematian Mohamad Thaqif telah mengubah sudut penyiasatan," katanya sambil menambah kaki arwah telah dikebumikan awal mengikut ritual agama.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah masih elok seperti baharu dikebumi semalam]

Terdahulu, Mohamad Thaqif telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor  Bahru  selepas  dilapor  mengalami kecederaan pada bahagian kakinya dipercayai akibat dipukul dengan getah paip oleh  pembantu warden di madrasahnya.

Kecederaan tersebut telah menyebabkan kedua-dua kakinya dijangkiti kuman dan terpaksa dipotong. Doktor turut memutuskan untuk memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman namun ditangguhkan kerana jantungnya yang tidak  stabil sebelum kanak-kanak malang itu meninggal dunia. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA TINGGI - Keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi ,11, akan meneliti semula laporan perubatan dan bedah siasat berhubung punca kematian pelajar tahfiz berkenaan sebelum menentukan sama ada akan meneruskan tindakan undang-undang atau sebaliknya.
  • KLUANG - Jabatan Kesihatan negeri sedang mengesan lokasi yang pernah dikunjungi Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi,11, selepas disahkan meninggal dunia kerana penyakit kencing tikus atau leptospirosis, semalam.
  • SHAH ALAM - Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia 26 April lalu masih elok dan tidak berbau ketika digali semula pagi ini.
  • KOTA TINGGI - Keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi tidak mahu menunding jari kepada sesiapa ekoran kejadian yang berlaku.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.