BUKIT MERTAJAM - Jawatankuasa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya di sini hari ini membuat laporan polis terhadap seorang penceramah bebas yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

Ketua Biro Dakwah dan Penerangan Surau itu, Jamsari Samad berkata, pihaknya mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap penceramah itu kerana tindakannya juga dilihat seperti menghasut orang ramai agar membenci institusi berkenaan.

"Kebelakangan ini banyak pihak tertentu yang mula mengkritik sistem kesultanan di negara ini dengan memuat naik dalam laman sosial.

"Perkara itu kalau tidak dibendung boleh mendatangkan suasana tidak baik," kata Jamsari kepada pemberita.  - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SANDAKAN - Polis Sandakan sedang mengesan dua saksi bagi perbicaraan satu kes bunuh di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 25 September ini.
  • PETALING JAYA - Seorang kontraktor yang memuat naik status tidak puas hatinya terhadap saman yang dikeluarkan anggota polis trafik di Facebook (FB) sehingga menjadi tular, hari ini didenda RM4,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
  • BUTTERWORTH - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Perai Jaya 6, Perai di sini dan merampas heroin bernilai hampir RM1,000 pada Sabtu lepas.
  • KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di taman rekreasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Setapak di sini hari ini.
  • SHAH ALAM - Seorang anggota polis yang bertugas bagi kes pembunuhan abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong Nam pengsan selepas terperangkap 20 minit di dalam lift bangunan utama Mahkamah Tinggi Shah Alam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.