KOTA BHARU - Dua lelaki masing-masing cedera di beberapa bahagian pada badan akibat ditetak dalam dua kejadian berasingan masing-masing di Bukit Marak di sini dan di Besut, Terengganu semalam.

Dalam kejadian di Kota Bharu mangsa dipercayai ditetak oleh lelaki yang dikatakan di bawah pengaruh dadah manakala dalam kejadian di Besut, mangsa ditetak lelaki yang dikenali.                          

Kedua-dua mangsa kini ditempatkan di wad Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, bagi menjalani rawatan susulan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - - Akibat enggan membenarnya kedai makannya di pasang bendera parti politik, seorang peniaga menerima 18 jahitan akibat pahanya dilibas dengan parang oleh seorang lelaki di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Jumaat lepas.