Tujuh suspek kes serang Balai Polis Ulu Tiram direman esok

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (tiga dari kanan) diiringi Ketua Polis Johor, Komisioner Kumar (dua dari kiri), meninjau lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat. Foto Bernama
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (tiga dari kanan) diiringi Ketua Polis Johor, Komisioner Kumar (dua dari kiri), meninjau lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Kesemua tujuh individu yang ditahan berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi Jumaat akan ditahan reman esok bagi membantu siasatan pihak polis berhubung insiden berkenaan.

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, kesemua suspek berusia 19 hingga 62 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi esok.

"Kesemua suspek yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru esok untuk direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis juga berharap semua pihak dapat memberikan ruang untuk kami melakukan siasatan terperinci terhadap kejadian ini," katanya pada Jumaat.

Dalam insiden sekitar jam 2.30 pagi Jumaat itu, dua anggota polis berkenaan maut akibat ditetak dan ditembak oleh seorang lelaki bertopeng.

Setelah menetak leher dan bahagian belakang kepala Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, lelaki bersenjatakan parang itu turut merampas senjata api daripada anggota polis dan menembak seorang lagi anggota polis, Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said di bahagian bahu dan perut.

Seorang lagi anggota polis Koperal Mohd Hasif Roslan yang mengalami kecederaan dalam insiden serangan berkenaan serta dirawat di Zon merah sebelum ini, dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan menjalankan rawatan di wad biasa di HSI.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: