MCBA rampas barangan kontraban bernilai RM4 juta

Antara barangan yang dirampas dalam operasi khas bersepadu bersama PDRM, DVS Sarawak serta Cawangan Kawal Selia Padi dan Beras Sibu, Sarawak.
Antara barangan yang dirampas dalam operasi khas bersepadu bersama PDRM, DVS Sarawak serta Cawangan Kawal Selia Padi dan Beras Sibu, Sarawak.
A
A
A

SHAH ALAM - Agensi Pintu Masuk dan Kawalan Malaysia (MCBA) berjaya merampas pelbagai barangan kontraban yang dianggarkan berjumlah RM4 juta dalam operasi khas bersepadu di Sarawak dari 14 hingga 16 Mei lepas.

MCBA dalam satu kenyataan berkata, daging sejuk beku, bir, rokok dan beras putih antara barang yang dirampas dalam operasi yang diselaraskan oleh pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut agensi terbabit, ia merupakan satu kejayaan besar dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan di negara ini.

“Operasi ini juga melibatkan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak serta Cawangan Kawal Selia Padi dan Beras Sibu, Sarawak,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada 2 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan MCBA untuk melaksanakan tugasan tersebut serta-merta meskipun undang-undang berkaitan agensi berkenaan hanya akan dibentangkan di Parlimen, Julai depan.

Beliau menjelaskan, kesemua agensi di bawah MCBA boleh mula menempatkan pegawai dan anggota masing-masing di sempadan negara bagi memastikan kawalan keselamatan dijaga sekali gus aktiviti penyeludupan dapat dihentikan.

Agensi berkenaan turut memaklumkan, operasi khas yang dijalankan itu dibuat bagi menyahut seruan Anwar dalam menangani isu tersebut.

“Ia juga sebahagian daripada usaha berterusan untuk membanteras aktiviti ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!