'Saya pun tidak sangka smash boleh pergi begitu laju'

Laporan Sukan Sinar sebelum ini.
Laporan Sukan Sinar sebelum ini.
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao menyifatkan pengiktirafan pukulan ‘smash’ terpantas kempen Piala Thomas Chengdu 2024 satu motivasi kepada pemain ranking 37 dunia berkenaan.

“Pengiktirafan dari pentas Piala Thomas 2024 di Chengdu tempoh hari membuatkan saya lebih bersemangat untuk menampilkan permainan lebih baik selepas ini.

“Sejujurnya, saya pun tidak sangka smash boleh pergi begitu laju. Apapun satu bentuk keyakinan bahawa saya sebenarnya boleh memberikan persembahan lebih baik lagi.

Jun Hao ketika menentang Shi Feng pada aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 di Gynasium Pusat Sukan Teknologi Tinggi, Chengdu, pada 4 Mei lalu.
Jun Hao ketika menentang Shi Feng pada aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 di Gynasium Pusat Sukan Teknologi Tinggi, Chengdu, pada 4 Mei lalu.

“Ini juga satu pendorong kepada saya untuk berusaha meningkatkan cara permainan di gelanggang,” katanya kepada Sukan Sinar.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebelum ini menyenaraikan pukulan ‘smash’ pemain berusia 24 tahun itu yang terpantas bagi acara perseorangan lelaki sepanjang kejuaraan tersebut.

Smash Jun Hao, merekodkan kelajuan 482.0 kilometer sejam (km/j) diikuti rapat pemain nombor enam dunia dari China, Li Shi Feng (480.7 km/j) dan ketiga Jonatan Christie dari Indonesia (479.0 km/j).

Jun Hao ketika beraksi di Piala Thomas 2024 di Chengdu.
Jun Hao ketika beraksi di Piala Thomas 2024 di Chengdu.

Artikel Berkaitan:

Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia yang berada di ranking ke-10 dunia juga turut dalam kelompok 10 terpantas apabila menduduki tempat keempat (476.9 km/j) manakala pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen pula ketujuh (462.3km/j)

Sementara itu, Jun Hao akan menyingkap Pusingan Pertama Terbuka Thailand Super 500 di Stadium Nimibutr, Bangkok berdepan pemain nombor 30 dunia dari Taiwan, Su Li-yang berkata, “Saya berjanji akan memberi yang terbaik dalam gelanggang berdepan Li-yang, itu sahaja.”

Pemain negara lain yang akan membuka gelanggang, perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia yang juga pilihan keenam akan berdepan wakil tuan rumah Kantaphon Wangcharoen manakala K Letshanaa diuji pemain pilihan keenam dari Thailand, Supanida Katethong bagi kategori wanita.

Beregu lelaki Arif Junaidi-Yap Roy King berdepan Lu Ching Yao-Yang Po Han (Taiwan), Choong Hon Jian-Muhammad Haikal menentang Christopher Grimley-Matthew Grimley (Scotland) dan Boon Xin Yuan-Goh V Shem diuji Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana (Indonesia).

Lain aksi menyaksikan Low Hang Yee-Ng Eng Cheong menentang Chiang Chien-Wei-Wu Hsuan Yi (Taiwan), Nur Mohd Azryn Ayub Azryn-Tan Wee Kiong menentang Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty (India).

Gandingan Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe menentang Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard (Denmark) dan Chia Weijie-Liew Xun bertemu Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa-nga (Thailand).

Sementara beregu campuran Yap Roy King-Valeree Siow menentang Lui Chun Wai-Fu Chi Yan (Hong Kong) manakala Choong Hon Jian-Go Pei Kee bertemu Neuaduang Mangkornloi-Atitaya Povanon (Thailand)

INFO

Pukulan Smash Terpantas Piala Thomas 2024

1. Leong Jun Hao (Malaysia, 482.0 kilometer sejam (km/j)

2. Li Shi Feng (China, 480.7 km/j)

3. Jonatan Christie (Indonesia, 479.0 km/j)

4. Lee Zii Jia (Malaysia, 476.9 km/j)

5. Nadeem Dalvi (England, 469.9 km/j),

6. Lin Chun-Yi (Taiwan, 463.3 km/j)

7. Viktor Axelsen (Denmark, 462.3 km/j)

8. Lee Cheuk Yiu (Hong Kong, 460.8 km/j)

9. Ramsus Gemke (Denmark, 459.8 km/j)

10. Anthony S Ginting (Indonesia, 456.1 km/j)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!