SHAH ALAM - Program Nothing To Hide 2.0 untuk mempertemukan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pentas tidak menjadi kenyataan apabila kelibat pemimpin nombor satu negara itu tidak kelihatan.

Program yang baru berlangsung sebentar tadi memperlihatkan Mahathir bersendirian di atas pentas.

Dalam pada itu, menurut moderator program Azhar Harun, pihaknya masih bersedia menunggu kehadiran perdana menteri dalam program tersebut.

"Kita masih berharap pada setiap masa bahawa beliau akan tiba dan kita akan menyambutnya.

"Pintu sentiasa terbuka  untuk beliau, mungkin beliau  terlewat sebab banyak hal pentadbiran negara perlu diuruskan,"' katanya ketika memulakan ucapan alu-aluan dalam program tersebut.

Dalam pada itu, katanya lagi wakil daripada pihak Armada juga sudah menyerahkan jemputan rasmi kepada perdana menteri, namun masih belum mendapat jawapan.

"Sehingga kini masih belum dapat jawapan," katanya.

Sementara itu, Mahathir ketika menyampaikan ucapannya beliau berkata, pihaknya ingin memohon maaf sekiranya sesuatu isu yang diulasnya, hanya 'pandangannya sahaja'.

"Harap ada orang  nyatakan kenapa jenayah perlu dirahsiakan. Ia bukan rahsia sangat ada yang telah baca dalam laporan itu ada jenayah yang dilakukan oleh pegawai tertinggi MO1.

"Sebab itu beri peluang kepada Najib mungkin ada sebab tertentu merahsiakan laporan-laporan  ini. Malang beliau tak hadir saya, terpaksa beri pandangan daripada sudut saya. Saya masih berpendapat apa yang dilakukan itu adalah jenayah," katanya.

Sementara itu dalam program itu, antara pemimpin Pakatan Harapan yang hadir, Khalid Abdul Samad, Dr Daroyah  Alwi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zuraida Kamaruddin, Ng Sue Lim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan beberapa lagi pemimpin lain.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LANGKAWI - Masyarakat India perlu mempunyai ‘nambike’ atau kepercayaan terhadap BN sebagai parti yang boleh diharapkan untuk mentadbir negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • MUAR - Bagaimana 'parti bunga' hendak mentadbir negara ini jika pemimpin parti itu tidak mampu mentadbir parti sendiri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa boleh menyelesaikan masalah ditimbulkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh dua tahun.
  • KOTA BHARU - BN menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat serangan jahat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila menuduh kerajaan akan menghalang berlangsungnya PRU14.
  • KUALA LUMPUR - BN komited dalam melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) khas sempena PRU14 seperti mana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).